Videos Kem Rekriasi Jeram Kuala Pilah

PROGRAM DAN AKTIVITI

Perkhemahan
Menyediakan program perkhemahan kepada semua agensi seperti jabatan kerajaan,swasta,sekolah,org perseorangan dll.
Kursus/Motivasi
Menyediakan kemudahan untuk kursus dan program motivasi.
Hari Keluarga
Menyediakan kemudahan untuk hari keluarga bagi semua agensi seperti jabatan kerajaan,swasta,orang perseorangan dll.
Jungle Tracking
Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba aktiviti jungle tracking, kami menyediakan aktiviti tersebut yang terletak di kawasan hutan yang berhampiran.
Mengambil Madu Lebah
Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana cara - cara mengambil madu lebah. Aktiviti ini akan dibuat secara pakej tertakluk kepada musim lebah.
Lawatan Ke Gua-Gua Batu (Agro Tourism)
Terdapat banyak gua - gua batu yang boleh dikunjungi oleh pengunjung dimana deruan airnya yang mengasyikkan boleh dinikmati di sini.
Pendakian Gunung
Bagi pengunjung yang berminat kepada aktiviti lasak boleh membuat pendakian. Biasanya pendaki akan di bawa naik ke Gunung Sri Pilah. Gunung ini mempunyai ketinggian 3030 kaki (911 M) dari aras laut. Pendakian gunung ini mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk sampai ke puncak dan pendaki akan sampai ke kawasan kem lebih kurang 4 jam. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi sekali di dalam 3 daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin atau pengunjung boleh membuat pendakian Gunung Jono (850 M) atau Gunung Sangkar Puyuh ( 810 M) dari aras laut. Gunung-gunung ini terletak di dalam hutan simpan Senaling - Inas. Pendaki akan di pandu oleh belia yang terlatih. Para pendaki akan dibekalkan plastik sampah,semua sampah hendaklah dimasukkan ke dalam plastik tersebut dan hendaklah dibawa turun untuk di buang. Membuang sampah merata-rata di dalam hutan adalah dilarang sama sekali. Tanggungjawab menjaga kebersihan dalam hutan simpan adalah tanggungjawab semua para pendaki. Bagi yang berminat untuk membuat pendakian hendaklah membuat tempahan 7 hari sebelum pendakian bermula.Pakej pendakian adalah seperti berikut :
  • 1 - 30 orang pendaki ( 4 orang penunjuk jalan ( Guide)) RM 350.00
  • Tambahan untuk 5 orang pendaki berikutnya RM 100.00
Memetik Buah - buahan (Fruit Plucking)
Terdapat lebih kurang 45 ekar dusun buah - buahan milik penduduk kampung bersebelahan Kem Rekreasi Jeram Sri Pilah. Apabila tiba musim buah durian pengunjung boleh menginap di pondok yang telah disediakan di setiap dusan buah-buahan. Pengunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman mengumpul buah durian dalam dusun tersebut di samping itu juga, pengunjung juga boleh membawa balik buah-buahan berkenaan. Bagi satu pakej hanya 4-5 orang sahaja dibenarkan. Masa yang dibenarkan bagi satu pakej ialah 7 pagi - 7 petang - 7 pagi. Tempahan hendaklah dibuat 3 hari sebelum tinggal di dalam dusun tersebut ( Pakej ini tertakluk kepada musim buah-buahan)
  • Satu pakej 4-5 orang RM 200.00
Sewa Khemah
1 hari 1 malam untuk khemah (Dorm) yang boleh memuatkan 4 orang dewasa dan 6 orang murid sekolah.
  • RM 10.00
  • Tambahan bayaran setiap hari berikutnya 1 hari 1 malam.
  • Rm 5.00
Sewa Tapak Perkhemahan
Bagi pengunjung atau kumpulan yang mempunyai khemah persendirian ( Dorm ) boleh menyewa perkhemahan. Sewa akan dibuat secara pakej iaitu 1 hingga 150 orang untuk sehari.
  • Rm 450.00
Makan/minum ( Secara pakej)
Bagi pengunjung yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan/kursus dan sebagainya, bayaran bagi 1 hari 1 malam setiap seorang akan dikenakan seperti berikut :
  • Peserta dewasa melebihi 100 orang - RM 22.00
  • Peserta dewasa kurang daripada 100 orang - RM 26.00
  • Murid sekolah melebihi 100 orang - RM 22.00
  • Murid sekolah kurang daripada 100 orang - RM 24.00
  • (Harga tertakluk kepada keadaan semasa)




No posts.
No posts.